BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
^teriMas kerana Sudi MembaCa kisah buDax tuDunG Saji^

Thursday, July 7, 2011

ri nih nk share Lg :)


Sabar adalah butang pause untuk kita berhenti sejenak dan berfikir apakah tindakan paling tepat yang kita patut buat. Tidak semua apa yang dirancang menjadi kenyataan. Apabila yang dirancang tidak menjadi, hati mula panas mengurangkan sabar.

Tetapi kita masih di dalam keadaan waras. Masih boleh berfikir dan membuat keputusan yang terbaik. Jadi, berhentilah seketika. Tarik nafas dan berfikirlah secara matang. Setiap keputusan harus dengan minda dan hati yang tenang dan berpandulah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.


Bersabarlah.. Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Tagabun 64: Ayat 11)

just share 2 u n me.., :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...