Dalam dunia ini,
kita tidak punya sesiapa kecuali diri kita sendiri..,
tetapi dalam kita bersendiri,
kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita..,
Sebagaimana kita mengharapkan kejujuran dan keikhlasan seorang sahabat,
begitu juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu..,
kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita..,
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya..,
Bagi kita,
itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa,kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..,
kerana
kita juga ada janji yang tidak ditepati.Kita beri dia seribu alasan "memaksa" dia menerima alasan kita..,
Waktu itu,
terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita,
dia juga tahu rasa kecewa..,
tetapi kita sering terlupa..,
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa disisi kita pada saat kita memerlukan dia..,
Dia mendengar luahan hati kita..,
segala rasa kecewa dan ketakutan..,
harapan dan impian kita luahkan..,
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masaLA..,
Pernahkah kita memberi peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya?? Rasa takutnya?? Pernahkan kita menenangkan dia sebagaimana dia menyabarkan kita??
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya??
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti dia meniup semangat tiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah??
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai?? Kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah?? Agar tidak rebah??
Belehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan??
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar daripada hanya bercerita..,
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat..,
kerana dia juga seorang manusia..,
dia juga ada rasa takut..,ada rasa bimbang..,ada rasa sedih..,ada rasa kecewa..,
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan sahabat sebagai sumber kekuatan..,
jadilah kita sahabatnya itu..,
kita selalu melihat dia ketawa..,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka..,
dibalik senyumannya itu..,mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan..,
disebalik kesenangannya, mugkin tersimpan seribu kekalutan..,
kita tidak tahu..,
tetapi jika kita jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu..,
..,
0 comments:
Post a Comment